fbpx

Tiada lagi kuarantin positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka mengumumkan pemansuhan kuarantin kendiri bagi individu yang diuji positif Covid-19 hari ini (Isnin), lapor akhbar Daily Mail.

Pejabat Perdana Menteri berkata, Johnson berhasrat memansuhkan semua peraturan pandemik yang menyekat kebebasan awam di Britain dalam satu pembentangan di Parlimen.

Beliau dijangka memberitahu anggota parlimen bahawa program vaksin, ujian dan rawatan baharu boleh dipercayai untuk memastikan keselamatan orang ramai terus terjamin.

Ia berlaku selepas jemaah menteri berpendapat varian baharu virus itu dijangka mengikuti corak serupa dengan Omicron yang lebih ringan berbanding mutasi awal Covid-19.

“Covid-19 tidak akan hilang secara tiba-tiba. Kita perlu belajar untuk hidup dengan virus ini dan dalam masa sama terus melindungi diri tanpa menyekat kebebasan kita.

“Kami telah membina perlindungan kukuh terhadap virus ini sejak dua tahun lalu melalui pelancaran vaksin, ujian, rawatan baharu dan pemahaman saintifik terbaik tentang perkara yang boleh dilakukan oleh virus ini.

“Terima kasih kepada program vaksinasi yang berjaya, kami kini berada dalam kedudukan terbaik untuk menetapkan rancangan untuk hidup dengan Covid-19 minggu ini,” ujar Johnson.

Menurut sumber Downing Street, menjelang akhir minggu ini, peraturan kuarantin kendiri akan dihapuskan bagi individu yang diuji positif dan juga kontak rapat mereka.

Pihak berkuasa tempatan dikehendaki menguruskan wabak ini dengan kuasa kesihatan awam sedia ada, seperti yang mereka lakukan dengan penyakit lain.

“Kebijaksanaan farmaseutikal akan sentiasa menjadi benteng pertahanan utama kerajaan dan program vaksinasi kekal dibuka untuk mana-mana individu yang masih belum mendapatkannya.

“Setakat ini, sudah 85 peratus penduduk Britain telah menerima dua suntikan vaksin dengan 38 juta suntikan penggalak diberikan.

“Kejayaan ini membawa kepada kesimpulan bahawa campur tangan kerajaan dalam kehidupan rakyat  akhirnya bakal berakhir,” jelasnya.

Tambah sumber, rancangan hidup bersama Covid-19 dan pengumuman memansuhkan kuarantin, akan mengekalkan daya tahan imuniti badan terhadap varian masa depan dengan keupayaan pengawasan berterusan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI