fbpx

Siti Nurhaliza sebak dengar lagu Kesetiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI kelihatan sebak sepanjang menonton persembahan Aishah yang menyampaikan lagu Kesetiaan milik Allahyarham Siti Sarah malam tadi.

PETALING JAYA – Persembahan salah seorang peserta Big Stage musim keempat (BS4), Aisha Retno mendendangkan lagu Kesetiaan milik Allahyarham Siti Sarah mengundang sebak ramai termasuk para juri.

Dibuai emosi dan terkenang kepada sahabat baiknya, itu yang dirasai penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut menitiskan air mata ketika menonton persembahan Aisha.

“Saya teringat pada arwah, itu saja,” katanya dengan nada sebak.

Selain Siti, seorang lagi juri iaitu Ajai turut kelihatan sebak dan memohon para penonton menitipkan doa untuk Allahyarham.

“Sudah kebetulan mendengar lagu arwah, marilah kita sedekahkan al-Fatihah untuknya,” katanya.

Hasil tinjauan, rata-rata netizen turut mengakui menitiskan air mata sebaik sahaja lagu Kesetiaan didendangkan oleh Aishah.

Kebanyakan mereka memuji Aisha kerana berjaya membuat penonton terbuai dengan emosi disamping mempersembahkan kehebatan vokalnya.

Selain itu, terdapat segelintir netizen yang tidak dapat menahan sebak bukan kerana nyanyian Aisha tetapi disebabkan emosi Siti.

TANGKAP layar antara komen netizen selepas melihat Siti menitiskan air mata.

“Nyanyian Aisha Retno buat mengalirkan air mata,” ciap seorang pengguna Twitter.

“Sedih menonton Aisha, tidak. Sedih melihat Siti, ya,” komen seorang lagi netizen.

Pada konsert ketiga BS4, Lia Aziz diumumkan sebagai peserta kedua tersingkir selepas Iqbal Zulkefli.

Untuk rekod, Siti Sarah disahkan meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa melawan Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 9 Ogos tahun lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI