PETALING JAYA – Seorang wanita bertindak menyembur sanitasi ke arah muka seorang pemabuk yang cuba menganggunya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
Menerusi gambar yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @pisangnogeng, ibunya telah diganggu oleh seorang lelaki mabuk sewaktu mahu pulang ke rumah.
“Alamak, kalau iye pun mabuk janganla kacau saya, minta peluk pula kan dah kena semburan sanitasi di muka.
“Berguna juga semburan sanitasi ini untuk orang yang mabuk kacau saya balik kerja,” jelas ibunya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berpendapat membawa semburan sanitasi adalah keperluan untuk menghalang Covid-19 dan orang yang mengacau.
“Sudahla minum alkohol, kena sembur lagi dengan alkohol,” ujar @aleptakbosan.
“Terfikir benda yang sama, kalau sembur sanitasi ada dituduh kesalahan ke sebab ini bukan senjata,” kata @bangsawankelana.
“Saya pernah kena kacau lepas habis tengok pawagam dan memang saya sembur sanitasi kecik dekat muka lelaki yang kacau saya. Berpusing muka dia,” jelas @patrickpff1. -KOSMO! ONLINE