fbpx

Semak sekatan LHDN sebelum rancang ke luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Golongan pembayar cukai disaran membuat semakan status sekatan perjalanan sebelum merancang perjalanan ke luar negara bagi sebarang tujuan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, langkah itu bagi mereka mengetahui sama ada dikenakan sebarang sekatan perjalanan ke luar negara oleh LHDN.

“Sekatan perjalanan ke luar negara adalah tindakan yang dikenakan LHDN kepada individu dan pengarah syarikat yang tidak menjelaskan Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Cukai Syarikat.

“Pemakluman tindakan tersebut akan dibuat ke alamat terakhir yang dikemaskini oleh pembayar cukai kepada LHDN melalui data percukaian terkini yang direkodkan,” kata LHDN dalam satu kenyataan akhbar hari ini

Menurut LHDN, pembayar cukai boleh juga menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan melalui portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/.

Kata LHDN, semakan sekatan perjalanan juga boleh dibuat di laman web Jabatan Imigresen Malaysia di https://sspi.imi.gov.my/sspi/.

“Sekiranya pembayar cukai mempunyai tunggakan cukai dan dilarang ke luar negara, mereka dinasihatkan menghubungi pejabat cawangan LHDN,” kata LHDN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI