fbpx

PSG bungkam dibenam Nantes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR (kiri) yang meledak satu gol turut gagal menyempurnakan satu sepakan penalti ketika PSG tewas mengejut 1-3 kepada Nantes awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Pengarah sukan Paris Saint-Germain (PSG), Leonardo mengkritik keputusan pengadil perlawanan selepas menyaksikan pasukannya tewas mengejut 1-3 kepada Nantes pada aksi Liga Perancis di Stadium La Beaujoire awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Nantes te­lah mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri apabila mendahului 3-0 pada babak pertama dan PSG hanya berjaya meraih gol saguhati menerusi Neymar pada separuh masa kedua.

Penyerang antarabangsa Brazil itu mensia-siakan peluang untuk merapatkan kedudukan apabila sepakan penalti yang diambilnya mudah diselamatkan penjaga gol lawan.

Kata Leonardo, barisan pemain memang beraksi di bawah tahap sebenar tetapi apa yang lebih mengecewakan adalah beberapa keputusan pengadil yang boleh dipersoalkan.

“Ini adalah keputusan yang sukar untuk saya terima kerana selepas beraksi cukup baik pada pentas Liga Juara-Juara yang lepas, kami tewas pada saingan domestik pula.

“Namun, apa yang lebih me­nyakitkan adalah keputusan pengadil yang wajar dipertikai seperti memberikan masa tambahan terlalu lama pada babak pertama yang menyaksikan pa­sukan lawan dapat menjaringkan gol ketiga.

“Selain itu, saya anggap Nantes juga sepatutnya beraksi dengan 10 pemain selepas Dennis Appiah mengasari pemain kami dalam kotak penalti. Secara keseluruhan, ia adalah perlawanan yang teruk meskipun bukan bermakna saya anggap kami layak untuk menang aksi kali ini,” kata Leonardo.

Keputusan tersebut tidak menjejaskan dominasi PSG untuk terus mendahului carta Liga Perancis dengan mengutip 59 mata selepas mengharungi 25 perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN