fbpx

PRN Johor: BN kemuka 30 calon muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasni Mohamad beramah mesra dengan penerima sijil penghargaan sempena Majlis Penghargaan Kepada Penyumbang Sektor Agromakanan 2022 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru hari ini. -Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Calon Barisan Nasional (BN) dijangka akan menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus muka baharu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, pendekatan yang diambil itu dilihat dapat memperkukuhkan peluang BN itu untuk memenangi PRN ke-15 ini.

Katanya, BN yang akan bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan mengumumkan senarai penuh calon PRN Johor pada Khamis ini.

“Kita kini berada di peringkat akhir muktamadkan calon-calon untuk PRN Johor yang menampilkan ramai muka baharu termasuk calon muda di bawah 40 tahun.

“Daripada jumlah tersebut, sekurang-kurang 30 peratus calon kita nanti adalah calon muka baharu. Saya yakin langkah menyenaraikan ramai calon muka baharu dan muda ini akan dapat perkuatkan peluang BN untuk berjaya pada PRN nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi Penyumbang Sektor Agromakanan Negeri Johor 2022, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI