fbpx

Pemilik bengkel motosikal maut ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis melakukan pemeriksaan di tempat kejadian seorang pemilik bengkel mati ditikam di pekan Titi Serong petang tadi.

PARIT BUNTAR – Seorang pemilik bengkel motosikal mati ditikam di hadapan premisnya di pekan Titi Serong dekat sini petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2 petang dengan identiti mangsa dikenali sebagai sebagai Tan Hee Song, 43.

Sumber memberitahu, suspek dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki berusia 50an sebelum suspek lari meninggalkan tempat kejadian.

“Difahamkan semasa kejadian isteri mangsa, Khor Chai Peng, 41, berada di Parit Buntar kerana membeli barang.

“Anak mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah sedang makan tengah hari di bahagian belakang dalam kedai tersebut,” ujar sumber tersebut.

Mangsa yang parah telah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar tetapi disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan.

Sementara itu, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat Daerah Kerian berhubung kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI