fbpx

Pemandu lori langgar 7 kenderaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang dilanggar di Jalan Bandar Manjalara pada 16 Februari lalu. FOTO: IHSAN JSPT KL.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pemandu lori melanggar tujuh buah kenderaan di Jalan Bandar Manjalara mengundang padah selepas dia ditahan pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku pada 16 Februari lalu kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Pemandu lori dari arah Lebuh Raya Damansara berkenaan telah hilang kawalan sebelum melanggar tujuh buah kenderaan yang diparkir di tepi jalan berdekatan Menara Manjalara.

“Suspek juga telah meneruskan perjalanan selepas melanggar tujuh kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek berusia 41 tahun tersebut telah berjaya dikesan dan ditahan pada 17 Februari lalu.

“Suspek telah dituduh di Mahkamah Jalan Duta hari ini di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pemandu lori berkenaan telah mengaku bersalah dan dikenakan penjara selama tujuh hari dan denda sebanyak RM6,000.

“Kesalahan itu juga telah diendorskan pada lesen memandu dan hilang kelayakan memegang lesen selama lima tahun,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI