fbpx

Peluang Liverpool kembali terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bangkit daripada ketinggalan apabila berjaya membenam Norwich 3-1 pada aksi di Anfield kelmarin. – TWITTER LIVERPOOL

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendedahkan, beliau terpaksa melakukan perubahan taktikal ketika menang 3-1 ke atas Norwich City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam kelmarin.

Pada perlawanan itu, The Reds yang turun sebagai tuan rumah tersentak apabila Norwich menjaringkan gol pendahuluan menerusi Milot Rashica tiga minit selepas separuh masa kedua bermula.

Keadaan itu sekali gus memaksa Klopp untuk menggunakan formasi klasik 4-4-2 dan ia membuahkan hasil apabila Li­verpool bangkit dengan tiga gol menerusi jaringan Sadio Mane, Mohamed Salah dan Luis Diaz.

“Kami mengubah sistem permainan kepada 4-4-2 kerana itulah yang sepatutnya dilakukan dalam keadaan seperti itu. Semua barisan kejurulatihan menggunakan kepakaran serta penge­tahuan yang mereka ada.

“Formasi itu dilihat sebagai langkah terbaik untuk berdepan pasukan seperti Norwich dan secara tiba-tiba kami dilihat lebih berbahaya dan sering mengancam pintu gol mereka,” kata beliau.

Meskipun mencatat kemenangan selesa, namun pengendali dari Jerman itu tetap memuji aksi ditampilkan pasukan pelawat kerana memberi kesukaran terhadap barisan pemainnya.

“Saya gembira jika perlawanan ini berlangsung lebih lama kerana kedua-dua pasukan bermain sangat baik. Mereka ada taktikal yang cukup bijak dan ada masa­nya membuat kami keliru,” ujar Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI