PETALING JAYA – Tiada apa yang lebih diimpikan oleh seorang pelajar selain memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam pelajaran terutama apabila menduduki peperiksaan penting.
Namun, apa yang lebih mendebarkan buat setiap murid di sekolah adalah sewaktu mengambil keputusan peperiksaan.
Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial @_amirulaimey11 memaparkan reaksi seorang pelajar ketika mengambil keputusan peperiksaan dipercayai di sebuah sekolah.
Bagaimanapun, lokasi dan bila rakaman itu diambil itu tidak dapat dikenal pasti.
Berdasarkan video berdurasi 12 saat itu, pelajar berkenaan dilihat amat positif sambil mengulas keputusan yang diperoleh olehnya walaupun tidak memberansangkan.
Lebih menghiburkan, ulasan yang dibuat pelajar terbabit telah menarik perhatian ramai apabila dia menggantikan gred ‘G’ dengan istilah ‘Good’ (baik) dan ‘TH’ sebagai Tahniah.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai dilihat terhibur dengan sikap positif pelajar berkenaan dan turut mendoakannya agar berjaya suatu hari nanti.
“Positif adik ni,” komen seorang pengguna dikenali sebagai yournimeo.
“Walaupun ‘good’ dan ‘tahniah’, belum tentu gagal masa depan,” seloroh kid.zero1.
“Selalunya yang macam ni termasuk saya jadi tauke ladang dan memiliki kerjaya yang bukan dalam bidang akademik, yang penting usaha,” kata ysempire. – KOSMO! ONLINE