fbpx

MYSA bantu kenal pasti lokasi sampah haram di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han menyampaikan sijil kemenangan kepada peserta program Klang Sejahtera ke Arah Pembangunan Mampan 2020/2021.

KLANG – Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi mengenal pasti lokasi tapak pembuangan sampah haram di Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Selangor, Ng Sze Han berkata, agensi terbabit bakal membekalkan gambar cerapan lokasi kawasan tapak pembuangan sampah haram daripada satelit mereka kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, perkara itu adalah hasil perbincangan dilakukan beliau dengan wakil MYSA yang turut dihadiri semua datuk bandar dan wakil PBT di negeri ini.

“Hasilnya, akan memudahkan kita dan melaksanakan sebarang tindakan lanjut terutama lokasi-lokasi yang kerap atau berpotensi dijadikan tapak pembuangan sampah haram di kalangan pihak tidak bertanggungjawab.

“Kita sangat komited dalam mengurangkan dan membendung lebih banyak tapak-tapak sampah haram ini,” katanya pada sidang akhbar menyampaikan hadiah penghargaan bagi program Klang Sejahtera ke Arah Pembangunan Mampan 2020/2021 di sini, hari ini.

Sze Han menjelaskan, tiada sebarang pembayaran dikenakan MYSA berhubung gambar cerapan tersebut sekaligus dapat menjimatkan kewangan kerajaan negeri.

Tegas beliau, setakat ini dianggarkan sebanyak 1,400 lokasi yang sudah dan berpotensi menjadi tapak pembuangan sampah haram di Selangor.

“Kita mendapati kebanyakan sampah adalah daripada pihak industri. Justeru, anggota penguat kuasa PBT akan terus mempergiatkan operasi dalam menutup semua tapak itu seterusnya memastikan kelestarian alam sekitar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI