fbpx

MAIWP agih zakat hampir RM46 juta sepanjang Januari lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengagihkan zakat RM45,986,012.67 sepanjang bulan lalu untuk asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Menerusi hantaran dalam laman sosial rasminya, agensi tersebut memaklumkan bahawa jumlah pengagihan yang belum diaudit itu berjaya disalurkan melalui pelbagai skim bantuannya.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pembayar zakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP. Segala amanah daripada anda sudah pun MAIWP tunaikan,” katanya hari ini.

Berdasarkan pecahan, sebahagian besar zakat itu diagihkan menerusi beberapa skim bantuan yang berjumlah RM38,996,094.01, manakala bahagian amil pula menerima RM6,313,681.

Sementara agihan zakat melalui institusi pendidikan dan kebajikan telah menerima sebanyak RM561,879.21 dan baki RM114,358.45 untuk belanja penyelenggaraan prasarana tertentu.

Sepanjang tahun lepas, PPZ MAIWP berjaya mengutip pelbagai jenis zakat berjumlah RM828 juta, bertambah sembilan peratus berbanding RM761 juta direkodkan pada tahun 2020 lalu.

MAIWP mempunyai sebanyak 30 jenis skim bantuan Baitulmal dengan sepanjang tahun lepas, sejumlah RM725,144,762 diagihkan berbanding tahun sebelumnya hanya RM707,968,418.

Untuk tahun ini pula, PPZ MAIWP menyasarkan kutipan keseluruhan pelbagai zakat sebanyak RM852 juta daripada kira-kira 410,000 pembayar meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI