fbpx

Lelaki mengaku tidak salah lacurkan anak saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melacurkan anak saudaranya di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melacurkan anak saudaranya kepada dua individu pada 2020 dan 2021.

Tertuduh berusia 45 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menjadi orang tengah dengan memperkenalkan anak saudara perempuannya yang kini berusia 18 tahun kepada seorang lelaki berusia 25 tahun bagi tujuan persundalan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperkenalkan remaja itu kepada seorang lelaki yang kini berusia 37 tahun, juga bagi tujuan sama.

Perbuatan bagi pertuduhan pertama didakwa dilakukan pada Mac hingga April 2020 manakala kesalahan bagi pertuduhan kedua didakwa dilakukan pada Mei 2021.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor Pendang dekat sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI