fbpx

KSM menerima lebih 100,000 permohonan pekerja warga asing oleh majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerima sebanyak 111,807 permohonan pekerja warga asing melibatkan lima sektor utama telah mula dibuka pada 15 Februari lalu.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata, permohonan dibuat oleh majikan untuk pekerja warga asing bagi semua sektor pekerjaan yang dibenarkan penggajian pekerja warga asing.

Sehingga semalam, katanya, sebanyak 111,807 permohonan pekerja warga asing melibatkan sektor perkilangan (77,848), perladangan (13,119), perkhidmatan (10,611), pembinaan (8,530) dan pertanian (1,699).

Malah dalam proses permohonan itu, saya tidak menafikan pada peringkat awal permohonan ini dibuka terdapat majikan yang menghadapi kesukaran untuk memohon secara dalam talian.

“Masalah timbul susulan jumlah permohonan yang tinggi memandangkan permohonan untuk pekerja warga asing telah dihentikan buat sementara sejak bulan Mac 2020 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, beliau juga telah membuat pengumuman sebelum ini bahawa permohonan pekerja warga asing secara dalam talian perlu diisi sendiri oleh majikan kecuali permohonan untuk pembantu rumah asing (PRA).

“Namun begitu, semasa sesi pertemuan dengan pihak majikan dan persatuan baru-baru ini, saya telah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi majikan semasa membuat permohonan dan mereka telah menggunakan khidmat Agensi Pekerjaan Swasta (APS) bagi tujuan tersebut.

“Atas tindakan itu, APS boleh membuat permohonan bagi pihak majikan dengan syarat bahawa permohonan tersebut dikemukakan dengan pengetahuan dan kebenaran majikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI