fbpx

Keliru ketika ujian mendengar punca resort diserang calon SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ruangan penilaian serta komen yang diberikan oleh segelintir calon SPM ekoran tidak berpuas hati dengan soalan ujian mendengar SPM hari ini.

PETALING JAYA – Tindakan segelintir calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyerang halaman ‘Google’ sebuah pusat peranginan di Pahang ekoran keliru ketika ujian mendengar tular di media sosial hari ini.

Difahamkan, pelajar-pelajar terbabit bertindak sedemikian gara-gara tidak berpuas hati dengan soalan yang diberikan ketika menduduki ujian mendengar bagi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Menerusi perkongsian di Facebook Huzaifah Afi, salah satu soalan yang diberikan merujuk kepada nama tempat berkenaan yang dikenali sebagai Salang Sayang Resort.

Sehubungan itu, ramai calon mendakwa ‘speaker’ (jurucakap) yang ditugaskan tidak menyebut perkataan tersebut dengan betul hingga menyebabkan ramai keliru.

“Tadi ujian mendengar, dia suruh tulis nama resort tu, ramai tak puas hati sebab ‘speaker’ tu cakap tak betul.

“Jadi ramai salah eja. Salam sayang la, sayang layang la. Mereka tak puas hati sebab tu bagi rating rendah kat resort tu,” katanya.

Sementara itu, meninjau hantaran pengguna di laman sosial mendapati orang ramai rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

“Patut dan lama tak dengar senarai budak budak genius, pelajar dahulu nak hadap ujian hadap buku bukan telefon,” kata Mia Mieya.

“Alah pasal satu markah nak mengamuk, aku ‘addmath’ jawab suku daripada semua soalan pun rilek je,” ujar Hatsune Miku Mukminin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI