fbpx

Impian ke final BS4 terkubur, Lia Aziz tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIA AZIZ

PETALING JAYA – Baru hendak bermula namun impian penyanyi muda, Lia Aziz untuk mara ke peringkat seterusnya terhenti di tengah jalan apabila menjadi peserta kedua  tersingkir pada konsert minggu ketiga Big Stage musim keempat (BS4) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini.

Lia yang menyampaikan lagu Kisah Hati dendangan asal Datin Alyah memperoleh markah keseluruhan terendah iaitu sebanyak 5.28 peratus. Semasa pertandingan, juri jemputan minggu ini, Han Byul menyifatkan penyanyi yang popular menerusi lagu Kucu Kuca itu tidak berhasil menonjolkan keunikan.

“Saya sukakan lagu Kucu Kuca tetapi awak perlu tunjukkan keistimewaan. Persembahan malam ini okey,” lontar Han Byul yang juga juara Big Stage musim kedua.

Konsert minggu ketiga turut menyaksikan dua peserta lain iaitu Megat Rahim dan Sofia Marieylla berada di kedudukan tiga terbawah bersama Lia.

Sementara itu, Aisha Retno berjaya meraih markah tertinggi daripada juri iaitu berjumlah 82.0 peratus selepas menyampaikan lagu Kesetiaan dendangan asal Allahyarham Siti Sarah.

Konsert minggu ketiga sekali lagi menyaksikan penyanyi dangdut Mas Idayu kekal sebagai Juri Pedas dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida mengekalkan kerusi Presiden Netizen.

Minggu lalu, selebriti sensasi, Iqbal Zulkefli diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir pada konsert kedua BS4. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI