fbpx

Ibu tiga anak didenda RM10,000 palsu dokumen naik gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Suhada dituduh memalsukan dokumen berkaitan kenaikan gaji di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang bekas pembantu tadbir sebuah sekolah agama di sini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan kenaikan gaji berjumlah RM1,214.75, dua tahun lalu.

Tertuduh, Nur Suhada Saad, 32, membuat pengakuan itu sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Ibrahim kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda ditetapkan.

Tertuduh membayar denda dikenakan.

Dia didakwa menggunakan dokumen iaitu ‘application form’, ‘instruction letter’ dan senarai pembayaran gaji sebagai tulen untuk pembayaran gaji kepadanya dengan jumlah kenaikan gaji yang dipalsukan sebanyak RM1,214.75 bagi kelima-lima pertuduhan dihadapi.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Bank Islam, Kompleks PKENPs di sini pada 17 April, 13 Mei, 18 Jun, 13 Julai dan 5 Ogos 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI