fbpx

Guru bakar telefon bimbit pelajar kerana langgar peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang guru yang membakar telefon bimbit muridnya.

PETALING JAYA – Tindakan beberapa guru sekolah merampas dan membakar telefon bimbit murid hanya kerana melanggar peraturan sekolah dikecam orang ramai kerana tidak bersikap profesional.

Menerusi video berdurasi 15 saat yang didedahkan pengguna Twitter, @theonlyizzah, beberapa guru di sekolah yang dipercayai di luar negara itu telah bertindak merampas serta membakar telefon bimbit murid mereka kerana melanggar peraturan sekolah.

Pengguna Twitter itu berkongsi perasaan kurang senang dengan tindakan guru tersebut dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan sekiranya perbuatan tersebut terjadi kepadanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berpendapat perbuatan yang dilakukan guru tersebut melanggar etika sebagai pendidik.

“Tidak boleh bayangkan keluarga yang kurang kemampuan kumpul duit untuk belikan telefon anak agar mudah belajar namun dikenakan tindakan seperti ini,” kata @thesileencewords.

“Sistem gagal, telefon pada zaman sekarang adalah keperluan dan patut di ajar kelebihan penggunan telefon di sekolah,” ujar @RikutaRinki.

“Lain macam tindakan macam ini, biasanya cikgu akan rampas dan simpan. Apabila cuti sekolah, baru cikgu akan bagi semula telefon berserta dengan amaran,” jelas @charmanderjinie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI