fbpx

Gerak-geri peminta sedekah OKU undang curiga orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian sebuah video seorang pengguna media sosial memaparkan kelibat dua individu OKU meminta sedekah menimbulkan persoalan orang ramai telah meraih dua juta tontonan.

PETALING JAYA – Kelibat dan gerak-geri dua individu yang dipercayai terdiri daripada golongan orang kelainan upaya (OKU) dan seorang pengiring meminta sedekah di warung menimbulkan persoalan orang ramai menjadi tular dengan dua juta tontonan.

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial @wansitisarah11, memaparkan kelibat dua individu terbabit yang mampu bergerak dengan pantas menuju ke sebuah kereta sehingga menimbulkan curiga orang ramai seolah tidak mengalami masalah melibatkan buta.

“Sudah menjadi seperti trend cepat kaya pula,” tulisnya.

Rata-rata orang ramai memaklumkan mereka lebih selesa bersedekah di masjid atau surau yang lebih dipercayai berbanding memberi sedekah pada pihak yang meragukan dan menggangap peminta sedekah mampu meraih pendapatan lebih tinggi dari orang awam.

“Pendapatan mengemis lebih tinggi dari pendapatan kita semua,” kata @Yoshimitsu.

“Saya malas nak bagi sedekah kepada orang seperti ini. Lebih baik saya beri sedekah dekat masjid atau anak yatim,” ujar @sitiAmi.

“Kita semua sudah tertipu. Terima kasih kepada tukang rakam yang membongkar,” jelas @fiqZahid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI