fbpx

Dua individu dicari bantu siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kevin (kiri) dan Muhammad Nizamuddin sedang dicari oleh SPRM bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan suruhanjaya berkenaan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang mencari dua individu bagi membantu melengkapkan siasatan yang sedang dijalankan mereka.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu pertama yang sedang dicari adalah Khor Jun Han atau dikenali sebagai Kevin, 32, yang alamat terakhirnya di Nombor 15, Jalan 74/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 63300 Kuala Lumpur.

“Individu kedua yang sedang dikesan pula adalah Muhammad Nizamuddin Mohd. Iskandar, 20, yang alamat terakhirnya di Nombor 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, PPs Ahmad Nuri Muda di talian 017 204 7355 atau 03 5525 6500,” kata kenyataan tersebut hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI