fbpx

Allo luaskan capaian internet pengguna luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani Mohamad (tiga dari kanan) melakukan gimik perasmian pada Majlis Perasmian Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology Peringkat Negeri Perak di Ipoh hari ini.

IPOH – Sasaran sehingga 30,000 kediaman lagi di Perak  bakal menikmati kemudahan internet jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) apabila perkhidmatan tersebut diperluaskan Allo Technology Sdn. Bhd. (Allo).

Syarikat subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu kini telah menyediakan perkhidmatan pada 56,132 kediaman negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiga daerah yang akan diberikan tumpuan ialah di Hulu Perak, Bagan Datuk dan Kerian.

Menurut beliau, capaian internet ini bakal melengkapkan program pendidikan yang disasarkan kerajaan negeri iaitu bagi membantu penduduk di kawasan luar bandar.

“Misalnya, kita telah mengedarkan telefon bimbit percuma kepada pelajar sasaran tetapi masalahnya pada mereka apabila capaian internet lemah.

“Jadi, kita sangat mengalu-alukan penyertaan Allo khususnya TNB dalam melaksanakan perkara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak di sini.

Sementara itu dalam ucapannya, Hasan berkata, perkhidmatan Allo merupakan inisiatif menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

“Keupayaan TNB menerusi Allo di Perak merupakan manifestasi untuk memastikan rakyat mendapat liputan jalur lebar yang meluas sejajar dengan hasrat kerajaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI