JAKARTA – Sebuah video menjadi tular di media sosial kerana memaparkan sebuah majlis yang diadakan di atas tanah perkuburan, lapor laman Berita Hits semalam.
Berdasarkan klip video tersebut, kelihatan sebuah pentas yang lengkap dengan alat muzik selain terdapat seorang individu sedang menyanyi.
Di bahagian hadapan pentas, terdapat beberapa buah kubur, selain sistem bunyi juga diletakkan di antara kubur-kubur tersebut.
Beberapa tetamu turut dilihat sedang duduk secara santai dan mengambil makanan yang disajikan.
Video yang tidak dinyatakan lokasinya itu menjadi perhatian netizen dengan ramai memberikan pelbagai komen.
“Majlis untuk dua alam sekali gus,” kata seorang pengguna secara berseloroh.
“Penyanyi tersebut secara automatik akan insaf,” kata seorang lagi. – AGENSI