fbpx

Tukang jahit mula sibuk siap tempahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zirah menjahit tempahan pelanggannya di premisnya di Permatang Rambai, Kepala Batas semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang tukang jahit di Permatang Rambai, Kepala Batas di sini mula sibuk untuk menyiapkan tempahan baju raya sejak awal tahun ini berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal di­sambut pada awal Mei depan.

Zirah Idris, 28, berkata, setakat ini tempahan baju raya yang diterimanya sudah mencecah 90 pasang dan menjangkakan bilangan tersebut akan terus meningkat.

“Boleh dikatakan tempahan kali ini meningkat sedikit berbanding tahun sebelumnya di­sebabkan pandemik ­Covid-19, namun terpaksa hadkan tempahan ekoran tiada pekerja,” katanya kepada pemberita semalam.

Ibu tunggal anak dua itu berkata, antara jenis baju raya yang ditempah termasuklah baju kurung biasa, baju kurung moden, baju kebaya, jubah serta baju kurung kanak-kanak yang berharga sekitar RM35 sehingga RM80 bergantung kepada rekaan.

“Dalam sehari saya boleh siapkan kira-kira empat ke lima pasang baju kurung biasa. Jika baju kurung moden yang mempunyai zip, kerawang, renda serta rekaan tertentu pula akan ambil masa sehingga dua jam untuk sepasang,” katanya yang berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan.

Beliau menambah, hasil tempahan yang diterima sebelum pandemik boleh mencecah sehingga RM8,000 untuk hampir 200 pasang.

“Dulu (hasil tempahan) boleh cecah sampai RM8,000 sekarang menurun tapi masih ada tempahan untuk raya tahun ni itu sudah mencukupi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI