fbpx

Tiada rundingan Rudiger, Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDIGER hampir pasti akan meninggalkan Chelsea musim panas ini secara percuma selepas kontraknya berakhir. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger dan pihak pengurusan pasukan itu dilaporkan tidak mengadakan rundingan mengenai lanjutan kontrak sekali gus menyaksikan dia bakal meninggalkan Stamford Bridge hujung musim ini.

Pemain berusia 28 tahun itu berada pada fasa terakhir kontraknya dan kini dibenarkan untuk mengadakan rundingan de­ngan mana-mana pasukan yang menginginkan khidmatnya.

Selepas lima musim bersama Chelsea, banyak pasukan yang cuba mengintai khidmat Rudiger termasuklah Bayern Munich, Real Madrid, Paris Saint-Germain dan Juventus.

Bagaimanapun, gergasi England, Manchester United dilihat sedang berusaha melakukan sesuatu yang mengejutkan de­ngan membawanya ke Old Trafford musim depan.

Perkembangan terbaharu mengenai masa depan Rudiger di Chelsea yang hampir berakhir akan menarik kelab-kelab ber­kenaan untuk terus memujuk dan menawarkannya kontrak.

Real dilaporkan sedang mendahului persaingan berkenaan apabila dikatakan sudah mula mengadakan rundingan bersama wakil pemain berkenaan Rudiger dilaporkan bersedia untuk kekal di London sekiranya Chelsea bersetuju dengan permintaan gaji mingguan sebanyak £225,000 (RM1.27 juta) sekali gus menjadikannya pemain pertahanan yang dibayar gaji paling mahal di Liga Perdana Inggeris.

Dia yang turut membantu Chelsea menjulang kejuaraan Piala Kelab Dunia turut menuntut bonus tambahan sebagai hadiah menandatangani kontrak baharu daripada pasukan tersebut.

Musim ini menyaksikan Rudiger menjadi satu-satunya pemain Chelsea yang sudah beraksi dalam 34 perlawanan setakat ini dalam semua pertandingan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI