fbpx

Suara merdu, sumber rezeki penuntut UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dinnie impi lelaki penyabar yang mampu melayan kerenahnya.

GADIS ayu pilihan Pesona Ahad minggu ini bijak menggunakan media sosial YouTube, TikTok dan Instagram bagi menonjolkan bakat nyanyian.

Suara merdu Nur Dinnie Haz­wanie Ahmad Huzaidi, 23, mendapat perhatian ramai selepas dia memuat naik video nyanyian lagu Doa Lindungi Corona tahun lepas.

Bermula dari situ, bakatnya semakin dikenali sehingga dilamar syarikat rakaman selain turut membuka pintu rezeki buatnya dalam pelbagai bidang termasuk peragaan.

Status sebagai pelajar sepenuh masa dalam jurusan Muamalat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam tidak menghalangnya untuk terus aktif sebagai ‘bekalan’ pada masa depan.

Kepada Kosmo! Ahad, Dinnie berkongsi kisah hidupnya dan perancangan masa depan.

Kosmo! Ahad: Ceritakan bagaimana Dinnie aktif dalam bidang nyanyian?
Dinnie: Saya aktif menyanyi sejak berusia 19 tahun, awalnya hanya untuk majlis perkahwinan saudara atau kenalan terdekat sahaja. Kemudian saya dan kakak mencuba nasib dengan memuat naik video nya­nyian di media sosial dan tidak menyangka diterima ramai.

Genre lagu pilihan Dinnie?
Jazz dan balada kerana lebih sesuai dengan nada suara saya.

Bagaimana bakat nyanyian menjadi pembuka rezeki?
Menerusi video nyanyian itu, Dinnie lebih dikenali dan pengikut semakin bertambah. Sejak itu, saya turut mendapat tawaran dalam bidang peragaan, berlakon iklan tudung dan reviu produk.

Sejauh mana pencapaian Dinnie dalam bidang nya­nyian?
Saya dan kakak pernah me­rakam suara menyanyikan lagu-lagu yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) secara medley untuk sebuah produksi di YouTube dan video tersebut mendapat jumlah tontonan mencecah puluhan ribu orang.

DINNIE bersyukur bidang nyanyian buatkan dirinya makin dikenali.

Adakah Dinnie bercita-cita menjadi penyanyi terkenal?
Saya memang meminati bidang nyanyian dan ia adalah hobi di masa lapang. Namun begitu, saya tidak menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penyanyi walaupun dilamar syarikat rakaman sebaliknya mahu membuka perniagaan tudung jenama sendiri sebaik tamat pengajian.

Jika diberi peluang, dengan siapa Dinnie ingin berduet?
Fieya Julia, kerana minat sua­ra dan gaya nyanyiannya.

Lelaki pilihan Dinnie?
Seorang yang sentiasa sabar melayan kerenah Dinnie yang bersifat ego tinggi. Penting, dia boleh mengawal kemarahan terhadap saya.

Apakah pegangan hidup Dinnie?
Sentiasa cabar diri untuk menjadi lebih berani, berkeyakinan dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Kes Covid-19 makin tinggi, saranan Dinnie?
Sebagai rakyat, beri sokongan kepada kerajaan menangani penularan virus Covid-19. Berhenti menabur fitnah dan buli siber terhadap ‘panglima perang Covid-19 sebaliknya beri semangat dan ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI