fbpx

Strategi bisnes Monaco menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE menjadi pemain paling mahal pernah dijual oleh Monaco selepas dia melengkapkan perpindahan ke PSG. – AFP

MONACO – Kelab bola sepak AS Monaco mampu untuk menjadi salah satu pencabar dan kuasa besar bola sepak di Eropah terutama dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) jika mereka mampu mengekalkan para pemain bintang yang pernah dihasilkan.

Dalam tempoh lapan tahun lalu, Monaco berjaya menjana pendapatan sebanyak £442.44 juta (RM2.51 bilion) hasil penjualan para pemainnya yang dipikat oleh pasukan-pasukan gergasi Eropah.

Beberapa pemain mereka ketika ini menjadi nama besar dalam dunia bola sepak dan watak utama beberapa pasukan yang sedang memburu kejuaraan tersebut.

Pemain sensasi Perancis, Kylian Mbappe menjadi pemain paling mahal pernah dijual oleh Monaco sejak 2014 selepas Pa­ris Saint-Germain membayar nilai perpindahannya sebanyak £130.50 (RM742.61 juta) pada 2018.

Selain dikaitkan dengan Real Madrid, Mbappe turut dikatakan mempertimbangkan tawaran Liverpool dan jika ia menjadi kenyataan, dia akan kembali bergabung bersama bekas rakan sepasukannya, Fabinho yang berhijrah ke Anfield dengan nilai £40.5 juta (RM230.47 juta).

Selain itu, Manchester City yang dianggap salah satu pasukan pilihan untuk merangkul gelaran UCL turut diperkuatkan oleh Bernardo Silva yang juga merupakan bekas pemain Monaco yang berhijrah ke Etihad pada 2017 dengan nilai £45 juta (RM256.07 juta).

Monaco juga pernah menjual pemain tengahnya, James Rodriguez pada 2014 dengan harga sebanyak £67.5 (RM384.11 juta) kepada Real serta meraih keuntungan sebanyak £13.14 juta (RM74.77 juta) ketika meminjamkan Radamel Falcao ke Manchester United dan Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI