fbpx

Shuib asyik dijodohkan dengan wanita cantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGELAR bapa tunggal kepada empat orang anak yang masih kecil membuatkan Shuib sering ditanya tentang calon isteri. Baru-baru ini, netizen mengaitkan Shuib dengan adik Heliza Helmi iaitu Hazwan Helmi dan pelakon Wan Sharmila.

SEJAK statusnya bertukar menjadi bapa tunggal, seorang demi seorang nama selebriti wanita tanah air dikaitkan dengan Shuib.

Seperti tidak berkesudahan. Tak cukup dengan Siti Nordiana, Hazwani Helmi dan terbaharu Wan Sharmila pula. Cantik dan sopan semua wanita yang dikaitkan dengan Shuib. Selepas ini, nama siapa pula yang akan terkait pun tidak pasti.

Netizen juga seperti tidak letih untuk mencari jodoh yang baik untuk Shuib dan wanita paling sesuai untuk menjadi ‘ibu’ kepada empat anaknya.

Memang murni niat tersebut tetapi rasa-rasanya cukuplah setakat ini, tak eloklah untuk Shuib. Lama-lama takut orang menyampah pula.

Biarlah Shuib yang tentukan wanita mana untuk dipilih sebagai suri hati menamatkan status bapa tunggal yang dipegangnya kira-kira tujuh bulan lalu.

Nak cari pasangan ni, banyak aspek perlu diambil kira.

Diva doakan Shuib bertemu wanita yang molek daripada semua segi dan disayangi anak-anak.

DIVA: Bila sudah jadi selebriti, semua perkara dalam hidup akan ada campur tangan peminat. Sabar sajalah ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI