fbpx

Pemandu maut, kereta terbabas dan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah kereta yang terbakar dalam kejadian kemalangan berhampiran SK Ampangan dekat Seremban hari ini.-GAMBAR/IHSAN BOMBA

SEREMBAN -Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbakar di Jalan Seremban-Kuala Pilah berdekatan Balai Undang Sungai Ujong, Ampangan, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada pukul 4.50 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Saga.

“Hasil siasatan awal mendapati, kereta yang dipandu mangsa iaitu lelaki berusia 35 tahun datang dari arah Seremban menghala ke arah Kuala Pilah.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan melanggar tiang lampu.

“Akibat kemalangan, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan mengakibatkan pemandunya tersepit sebelum kenderaan tersebut terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa turut terbakar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI