fbpx

Hampir seluruh negara dijangka alami cuaca buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara kecuali negeri Terengganu yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Perlis, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Kelantan adalah di Gua Musang manakala di Negeri Sembilan pula, kawasan terlibat adalah di Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Johor melibatkan kawasan di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala di Sarawak, melibatkan kawasan di Limbang,” ujarnya.

Manakala bagi Sabah kawasan terlibat Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI