fbpx

Rangka manusia disyaki lelaki yang hilang sebulan lalu ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Misteri kehilangan seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental sejak sebulan lalu bakal terungkai selepas penemuan rangka manusia di kawasan Bukit Pelindung di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, rangka berkenaan ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat yang digerakkan semula hari ini.

“Rangka berkenaan ditemukan kira-kira pukul 11.30 pagi terselit di celah batu kira-kira dua kilometer dari tempat beg sandang dan selipar milik mangsa yang dijumpai sebelum ini.

“Rangka manusia itu dihantar ke unit forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA),”katanya di sini hari ini.

Pada 19 Januari lalu seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental dilaporkan hilang di Bukit Pelindung selepas keluar dari rumahnya kira-kira pukul 6 pagi.

Laporan polis kemudiannya dibuat oleh keluarga mangsa pada 22 Januari lalu sebelum operasi pencarian melibatkan pelbagai agensi berkaitan dimulakan pada 23 Januari lalu. -Kosmo! Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI