fbpx

Pihak berkuasa buru beruang 200 kg pecah masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beruang hitam ini diburu oleh pihak berkuasa kerana didapati melakukan kerosakan ke atas hartanah dan memecah masuk rumah. – Bear League

SOUTH LAKE TAHOE, CALIFORNIA – Seekor beruang hitam menjadi buruan pihak berkuasa hidupan liar di California selepas dilaporkan melakukan kerosakan ke atas 33 buah hartanah dan memecah masuk 28 kediaman, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Dalam tempoh tujuh bulan, haiwan seberat 227 kilogram itu sering dilihat berkeliaran di komuniti Tahoe Keys di South Lake Tahoe.

Menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California (CDFW), meskipun memecah masuk dan merosakkan hartanah, tiada sebarang laporan mengenai serangan ke atas manusia atau haiwan peliharaan setakat ini.

Polis bagaimanapun menerima lebih 100 aduan daripada individu yang melaporkan mengenai beruang tersebut.

Jurucakap CDFW, Peter Tira berkata, jabatan itu telah menjejaki beberapa insiden melibatkan haiwan tersebut sejak musim bunga tahun lepas.

“Kebanyakan insiden berlaku ketika musim panas dan luruh tahun lepas apabila beruang itu mengalami keadaan hyperphagia. Keadaan itu menyebabkan haiwan tersebut keluar mencari makan bagi menambah kalori untuk bertahan ketika musim sejuk,” kata Tira.

Menurut Perkhidmatan Taman Nasional Amerika Syarikat, hyperphagia akan menyebabkan beruang makan dan minum tanpa henti sebagai persediaan untuk berhibernasi.

CDFW berkata, selain menjadi tidak takutkan manusia, beruang akan mengaitkan manusia dengan akses kepada makanan yang banyak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI