fbpx

Peluk Fify Azmi, Aisar Khaled dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI mesra Aisar Khaled bersama pelakon Fify Azmi dikecam konon-kononnya cakap tak serupa bikin.

NAMPAKNYA rasa meluat netizen terhadap pensohor media sosial bernama Aisar Khaled masih belum padam susulan insiden menjadikan kematian Siti Sarah pada tahun lalu sebagai kandungan YouTubenya.

Jadi, apa sahaja yang dilakukan Aisar sering menjadi perhatian. Tersilap cara, dikecam netizenlah jawabnya.

Baru-baru ini, pelakon Fify Azmi ada muat naik sebuah video TikTok bersama Aisar. Kalau tengok video tersebut, biasa sahaja.

Tapi bagi netizen, itu luar biasa. Semuanya gara-gara tindakan Aisar yang memeluk mesra leher Fify dalam video tersebut.

Netizen memang tak tunggu lama, masing-masing teruslah buat ‘part time’ mengecam tindakan pemuda itu dengan melabelkan dirinya cakap tak serupa bikin.

Rupa-rupanya, sebelum ini Aisar pernah muat naik video dakwah, antaranya, mengingatkan tentang kewajipan menunaikan solat.

Tak cukup dengan itu, ada yang kata, bukan main lagi kongsi video dakwah tapi alih-alih, sekarang dia sendiri yang berpeluk dengan wanita bukan muhrim. Pedih juga kena kecam sebegitu rupa ya.

Tapi harapnya, selepas ini Aisar berpada-pada dalam soal konten, ramai yang memerhati.

DIVA: Ramai rasa malu bila tengok Fasha Sandha selamba belanja ‘lurah dendam’ dalam sebuah video Instagramnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI