fbpx

Otak-Otak JB raih jualan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Qasri menyasarkan jualan RM30 juta tahun ini, berdasarkan sambutan baik diterima pelanggan.

JOHOR BAHRU – Situasi pandemik memaksa Ketua Pegawai Eksekutif Otak-Otak JB mentransformasikan bisnes warisan keluarga yang dijalankan secara konvensional sejak 1997 kepada platform digital bagi memastikan kelangsungan perniagaan.

Menurut Mohammad Qasri Md. Noh, sebelum ini beliau percaya kaedah tradisional mendatangkan lebih keuntungan, namun langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) memaksa kedai ditutup sehingga perniagaannya tiada pelanggan dan sifar hasil jualan.

“Bagaimanapun, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks sering ingatkan kami peniaga agar segera melakukan perubahan dengan beralih kepada platform digital.

“Saya pada mulanya tidak begitu pasti dengan pendigitalan ini, namun setelah melaksanakannya, saya akhirnya faham untuk mendigitalkan perniagaan sebenarnya tidaklah sesukar mana,” katanya kepada pemberita baru baru ini.

Mohammad Qasri menjelaskan, membuka kedai digital sebenarnya lebih mudah dan murah berbanding kedai fizikal, selain mampu mencapai pelanggan secara lebih meluas.

Hasil pendigitalan perniagaan, Otak-Otak JB berjaya meraih jualan RM15 juta pada 2021 berbanding RM5 juta pada 2020, manakala pengeluaran otak-otak turut ditingkatkan kepada 100,000 sehari daripada sekitar 10,000 hingga 20,000 ketika menjalankan bisnes secara tradisional.

“Itu pun masih belum cukup untuk menampung permintaan dan kami kini perlu menambah lagi kakitangan untuk menaik taraf kapasiti pengeluaran kepada 300,000 sehari.

“Kalau saya tahu semua ini, 10 tahun lepas saya sudah buka kedai digital!” ujarnya yang menyasarkan jualan RM30 juta tahun ini.

Orang ramai yang berminat untuk menjana pendapatan bersama Otak Otak JB boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web www.otak2jb.com.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI