fbpx

Marquez belum yakin mampu buru podium musim 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ sedar bahawa tahap fizikal dan kecergasan mungkin akan mengehadkan kemampuannya untuk memburu podium pada musim ini.

MADRID – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lapan kali, Marc Marquez me­ngakui bukan mudah untuk dirinya kembali bersaing dalam kelompok teratas pada saingan musim ini.

Pelumba Repsol Honda itu tanpa berselindung berkata, dia belum bersedia sepenuhnya untuk mencabar kedudukan podium dalam perlumbaan musim ini selepas beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun, Marquez tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap kemampuan diri serta jentera bagi mengharu­ngi musim 2022 yang dijangka lebih mencabar berbanding saingan tahun lalu.

“Saya tahu dan sedar keadaan diri ketika ini tidak boleh membantu saya mencabar kedudukan podium, apatah lagi mahu memenangi perlumbaan tetapi apa sahaja boleh berlaku kerana ada 21 perlumbaan.

“Bagaimanapun, saya tetap meletakkan kejuaraan dunia sebagai sasaran dan akan mulakan saingan musim ini dengan sesuatu yang positif. Saya harap boleh sesuaikan diri dengan jentera baharu,” katanya.

Barisan kejuruteraan Honda juga dikatakan sudah melakukan yang terbaik dalam menyediakan jentera RC213V bagi membantu Marquez kembali ke prestasi lama ketika dia masih lagi digeruni.

“Ia jentera baharu dan banyak perubahan sudah dilakukan pasukan bagi membantu saya. Sekarang jentera lebih besar berbanding dahulu tetapi saya tidak kisah ke­rana saya sentiasa berikan yang terbaik apabila beraksi,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI