fbpx

JNZA Gaung Global nafi terlibat scam pengurusan jenazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – JNZA Gaung Global menafikan sekeras-kerasnya mereka terlibat dalam penipuan perihal pengurusan jenazah kepada waris seperti yang tular di media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dikongsi salah seorang ahlinya, Mat Yoe di Facebook berkata, beliau menafikan perkara tersebut.

Menurutnya, dia mendakwa pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur meminta RM1500 daripada waris untuk kos penghantaran jenazah yang berada di Kuala Lumpur ingin di bawa pulang ke Besut, Terengganu dan juga hotel penginapan.

“Saya menafikan penglibatan team kami dengan kes ini sekeras-kerasnya. Team kami tak pernah mengenakan apa-apa caj kepada waris walaupun jarak perjalanan 800km dan memakan masa sehingga 8 jam. Dari 2018 kami beroperasi, tiada sebarang caj!

“Sudahlah caj RM1500, minta pula team kami untuk ambil jenazah di separuh jalan. Sepatutnya dengan caj sedemikian, boleh hantar sampai ke rumah,” katanya hari ini.

Jelasnya, dia menasihati pihak-pihak NGO untuk tidak mengenakan caj yang tidak munasabah kepada waris.

“Kalau kau tubuh NGO untuk bantu orang, jangan caj waris melampau, perjalanan Kuala Lumpur-Terengganu pergi balik tol baru RM 100.

“Minyak paling tinggi pun RM400. Ni siap caj hotel bagai. Jangan ambil kesempatan dalam kesempitan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI