fbpx

Ibu tunggal antara tiga ditahan edar heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasil barang rampasan dadah jenis heroin bernilai RM61,231 dalam serbuan JSJN KL kelmarin di Maluri,Cheras.

KUALA LUMPUR – Tidak serik menjadi dalang sindiket pengedaran dadah, dua lelaki termasuk seorang ibu tunggal ditahan polis dalam serbuan dekat Maluri, Cheras di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, serbuan itu dijalankan pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur pada pukul 9.25 pagi.

“Hasil serbuan kenderaan salah seorang suspek, kita menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 26 hingga 41 tahun bersama 10 bungkusan dadah jenis heroin di dalam sebuah beg galas.

“Kesemua suspek itu telah beberapa kali ditangkap berhubung kes dadah dan hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sindiket terbabit dipercayai mengedar dadah jenis heroin untuk pasaran di sekitar Lembah Klang dan pihaknya yakin suspek mendapatkan bekalan dadah dari negeri di Utara Semenanjung.

“Selain itu, kita juga turut merampas heroin seberat 4.53 kilogram(kg) bernilai RM61,231 dan wang tunai berjumlah RM671 menjadikan nilai keseluruhan rampasan RM61,902.

“Kesemua suspek telah ditahan reman antara lima hingga tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI