fbpx

Britain tidak cukup tandas awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dipercayai kira-kira 2,500 tandas awam di Britain telah ditutup dalam tempoh lima tahun lalu. - Getty Images

LONDON – Kerajaan Britain berdepan dengan satu krisis baharu apabila kewujudan tanda awam semakin merosot sejak lima tahun lalu, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Menurut statistik terkini, sebanyak 2,500 tandas awam telah ditutup sejak tahun 2017.

Pengarah Urusan Persatuan Tandas British, Martin, berkata premis perniagaan mesti bersatu dan membuka kemudahan tandas mereka untuk kegunaan orang ramai.

Di bawah Skim Tandas Komuniti, majlis daerah membayar pub dan kafe malah gereja serta pusat kesihatan untuk membolehkan tandas mereka digunakan oleh individu bukan pelanggan.

“Banyak majlis daerah di seluruh negara cuba menjaga tandas sebaik mungkin dengan sumber yang sangat terhad.

“Kami risaukan keperluan masyarakat setempat yang keluar setiap hari untuk menguruskan aktiviti harian namun tidak disediakan tandas awam bagi kegunaan mereka,” jelas Martin.

Memandangkan pembiayaan kerajaan untuk tandas awam tidak dikuatkuasakan secara khusus, majlis daerah sedar tugas memastikannya dibuka hanyalah tanggungjawab moral.

Kos mengendalikan tandas boleh mencecah sehingga £15,000 (RM85,357) setiap tahun.

Dipercayai hanya 4,500 tandas awam di Britain pada 2018 berbanding 5,100 buah pada 2010. 

“Kami telah kehilangan sekurang-kurangnya 50 peratus tandas awam.

“Kebanyakan daripadanya telah dijual, ditutup kerana tiada penyelenggaran atau dijual kepada bar dan kafe,”jelas Martin. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI