fbpx

Amaran cuaca buruk di Sarawak, Sabah dan Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan dinasihatkan untuk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa berhati-hati dengan amaran cuaca buruk pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan kawasan Miri dan Limbang di Sarawak.

“Bagi negeri Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

“Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan keseluruhan WP Labuan,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, keadaan buruk ini dijangka berterusan sehingga pukul 10 pagi nanti.

Tambahnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI