fbpx

Ratu Elizabeth ll sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ratu Elizabeth hanya mengalami gejala ringan seperti selesema.

LONDON – Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN, hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Istana Buckingham selepas dua minggu mengunci mulut mengenai keadaan kesihatan ratu berusia 95 tahun itu.

“Buat masa ini, baginda hanya mengalami simptom ringan seperti selesema dan akan terus dipantau oleh pasukan perubatan diraja.

“Baginda dijangka akan meneruskan tugasan diraja dalam skala ringan pada minggu-minggu akan datang,” demikian menurut kenyataan istana.

Jangkitan Ratu Elizabeth dipercayai adalah daripada anakandanya, Putera Charles yang disahkan positif 10 hari lalu diikuti isterinya, Camilla tiga hari kemudian.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI