fbpx

Tiru suara iklan, Ryan Howlett raih perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ryan Howlett

IKLAN bukan sahaja memberi impak kepada rakyat tempatan tetapi juga warganegara lain yang menetap di sini.

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan seorang jejaka mat salih iaitu Ryan Howlett meniru dialog dalam iklan dan aplikasi di Malaysia.

Ryan yang semakin fasih bertutur bahasa Melayu membuat ramai geli hati dengan gelagatnya meniru suara dalam iklan Yusuf Taiyob dan aplikasi Waze.

Videonya telah meraih lebih 950,000 tontonan dan mendapat pujian ramai yang berbangga rakyat dari negara lain teruja mempelajari bahasa kebangsaan.

“Rakyat Malaysia, awak pasti pernah mendengar suara misteri dalam Waze dan iklan ini.

“Sehingga hari ini, identiti pemilik suara terkenal itu masih kekal misteri,” katanya yang memiliki seramai lebih 111,000 pengikut dalam TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI