fbpx

Tidak dapat tawaran kerja punca seorang lelaki diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Akibat marah tidak dapat tawaran kerja dipercayai punca seorang lelaki diserang oleh individu lain di sebuah bengkel kereta di Taman Perindustrian, Pandan Mewah di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku kepada mangsa ketika berada di bengkelnya pada pukul 3.20 petang, semalam.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki warganegara asing itu dipercayai telah memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi di bahagian kepala dan tangan.

“Suspek juga telah memecahkan tiga cermin kereta milik pelanggan yang berada di bengkel tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, siasatan mendapati suspek telah beberapa kali datang ke bengkel untuk bekerja tetapi tidak diambil oleh mangsa.

Dalam pada itu, anggota polis Unit Kereta Peronda (MPV)  telah berjaya menangkap suspek serta merampas besi yang digunakan dalam kejadian.

“Suspek berumur 31 tahun, dipercayai seorang pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian(UNHCR). Permohonan reman telah dibenarkan selama empat hari bermula 19 Februari dan siasatan masih diteruskan.

“Kes telah disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan,” ujarnya. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI