fbpx

Tayang kemewahan, riak atau motivasi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR SOSIAL
MUHAMMAD FIRDAUS FAHMI JUNAIDI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

MEDIA sosial memainkan pe­ranan dalam mengubah corak kehidupan masyarakat di Malaysia. Rentetan penggunaannya yang semakin meningkat, media sosial turut mempengaruhi perilaku dan cara manusia berfikir.

Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter antara media sosial yang kerap digunakan. Ada pengguna yang berkongsi hobi dan aktiviti ha­rian seperti memasak, membeli-belah, bersukan di media sosial tersebut.

Namun tidak kurang, ada individu yang menjadikan media sosial sebagai medium untuk mempamerkan kekayaan mereka.

Baru-baru ini, Kosmo! me­laporkan mengenai rakaman vi­deo tular yang memaparkan pasangan usahawan memasukkan wang RM1.45 juta ke dalam beg.

Kebanyakan pengguna media sosial melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ‘ta­yang’ wang kerana dianggap riak. Malah ada yang mempertikaikan sama ada wang tersebut disalurkan untuk membantu orang yang memerlukan atau tidak.

Bukan sahaja di Malaysia, masyarakat negara lain juga gemar melakukan perkara sama. Ada yang membuat hantaran gambar koleksi pakaian-pakaian mahal, barang kemas, kenderaan mewah dan sebagainya.

Baru-baru ini, China mengukuh­kan peraturan untuk menghentikan pemberian gaji besar kepada selebriti produksi televisyen termasuk melarang golongan itu daripada mempamerkan kekayaan mereka di dalam media sosial.

Bagi Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Siti Fatimah Abdul Ghani, manusia dikategorikan sebagai makhluk sosial yang sentiasa berhubung antara satu sama lain sehingga kebanyakan hal akan dipelajari, dipertontonkan dan dilihat oleh orang lain tetapi dalam bentuk yang berbeza.

“Konsep suka menunjuk atau mempamerkan kekayaan bergantung kepada corak berfikir seseorang. Jika dipandang dalam bentuk positif iaitu dorongan, panduan dan motivasi kepada yang lain, tiada istilah menunjuk.

“Namun jika sangat ketara dengan memperincikan apa (harta benda) yang dimiliki, ia mungkin boleh diistilahkan sedemikian (menunjuk).

“Sekiranya ada rasa benci, menyampah dan tidak selesa melihat orang lain membuat hantaran di media sosial hingga mewujudkan emosi yang tidak harmoni, maka kita boleh memilih untuk tidak mengikuti seseorang di media sosial,’’ katanya.

Menurut beliau, kesannya kepada masyarakat bergantung kepada sejauh mana penerimaan ke atas individu tersebut.

“Jika wujud suatu trend berlumba-lumba menunjukkan kemewahan dan kejayaan, maka akan memberi kesan terhadap emosi dan psikologi dari segi kognitif fikiran seseorang,” katanya.

Jelas beliau, kesan buruk tidak akan berlaku sekiranya perkara itu diseimbangkan dengan usaha, tingkah laku yang sesuai dan pemikiran yang rasional.

“Ia bergantung kepada apa yang dinilai oleh individu lain terhadap apa yang mereka dilihat. Ada istilah hukum daya tarikan atau law of attraction yang memungkinkan seseorang untuk berfikir secara psikologi yang mendatangkan kesan tertentu.

“Apabila seseorang melihat sesuatu seperti kejayaan orang lain, maka ia memberi rangsa­ngan untuk mendapatkan hasil seperti yang dikongsikan.

“Sekiranya perkongsian itu melampau dan terlalu menunjuk-nunjuk, kesan lebih berat adalah terhadap diri individu itu sendiri yang terlalu bergantung kepada penerimaan danpujian. Kesannya lebih kepada individu itu dan bukan orang lain,’’ ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI