fbpx

Sultan Selangor mahu rakyat, pemimpin hindar fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin Idris Shah.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu rakyat dan para pemimpin menghindari fitnah yang dilihat hanya mengundang perpecahan bukan sahaja buat negeri malah negara secara amnya.

Sultan Sharafuddin bertitah, agar umat Islam di negeri ini memahami dan menghayati intipati khutbah Jumaat bertajuk ‘Fitnah Merosakkan Ummah’ bahawa tabiat tuduh menuduh dan memfitnah itu membawa kepada kehancuran sesama sendiri dan langsung tidak mendatangkan sebarang manfaat.

Titah Baginda, budaya fitnah ini mesti dihindari kerana ucapan dan tulisannya boleh melahirkan sangkaan dan persepsi salah yang membawa kebencian, persengketaan sesama sendiri, membunuh identiti dan menyebabkan kehinaan kepada seseorang hingga menimbulkan masalah yang lebih besar.

“Ia menyebabkan ketidakharmonian dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Merosakkan hubungan silaturahim sesama umat manusia.

“Timbulnya sifat dendam dalam diri manusia dan kehidupan masyarakat menjadi huru hara bahkan ramai yang sengsara. Segala- galanya adalah berpunca daripada sifat mazmumah yang bertapak dalam diri manusia itu,” titahnya menerusi Facebook Selangor Royal Office, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI