fbpx

Korea bakal halangan Malaysia ke final BATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONG JUN HAO memastikan kemenangan Malaysia apabila menewaskan Koshiro Moriguchi 21-18, 21-16 pada BATC malam tadi.

HANYA selangkah sahaja lagi buat skuad badminton kebangsaan untuk melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

Pada aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam esok, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita negara diundi bertemu Korea Selatan.

Skuad lelaki yang merupakan juara Kumpulan B pastinya akan melakukan persiapan terbaik bagi memastikan kemenangan dapat dilakar ke atas Korea yang muncul naib juara Kumpulan A di belakang Indonesia.

Sudah pasti pertemuan menentang Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan hari ini menjadi pengajaran terbaik buat pemain-pemain negara untuk menampilkan aksi lebih positif.

Sementara itu, pasukan wanita negara yang turut diundi bertemu Korea di separuh akhir esok pastinya mahu memperbaiki pencapaian dua tahun lalu dengan melayakkan diri ke pentas final buat kali pertama.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir kategori lelaki, juara Kumpulan A, Indonesia akan berdepan Singapura sementara dalam saingan wanita, Jepun diundi bertemu Indonesia.

Pada edisi dua tahun lalu di Manila, Filipina, pasukan lelaki negara melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas 1-3 kepada Indonesia sementara skuad wanita tersekat di peringkat separuh akhir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI