PETALING JAYA – Penduduk di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Johor dinasihatkan berhati-hati ekoran amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu laporan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh kawasan negeri Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.
“Di Kedah melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.
“Selain itu, di Perak hanya tertumpu di kawasan Kerian manakala di Johor membabitkan Tangkak, Muar dan Batu Pahat,” katanya.
Menurutnya lagi, keadaan cuaca buruk itu diramalkan berlaku sehingga lewat pagi ini. – KOSMO! ONLINE