fbpx

PRN Johor : Bagi peluang UMNO bertanding di DUN Pekan Nanas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jefridin Atan (memegang bendera) melepaskan peserta ‘Girl Fun Run’ sempena Karnival D'Kukup di Tanjung Piai, di Pontian hari ini. - Foto : MUHAMMAD ZIKRI

PONTIAN – UMNO Bahagian Tanjung Piai perlu diberikan peluang untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac depan.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Jefridin Atan berkata, walaupun kerusi tersebut merupakan kerusi tradisi MCA, namun tidak salah sekiranya peluang kepada diberikan kepada UMNO untuk bertanding pada kali ini.

Katanya, ini kerana calon daripada parti komponen (MCA) telah dua kali gagal untuk mempertahankan kerusi tersebut yang sebelum itu dikuasai oleh Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, dengan majoriti pengundi Melayu kira-kira 60 peratus di DUN Pekan Nanas, peluang seharusnya diberikan kepada situasi semasa dan tidak bergantung kepada kerusi ‘tradisi’ semata-mata.

“Memandangkan telah dua kali calon daripada parti komponen gagal mempertahankan DUN Pekan Nanas pada Pilihan Raya Ke 13 (PRU-13) dan PRU-14, wajarlah peluang diberikan kepada UMNO pada kali ini.

“Ini bukan soal tamak tetapi UMNO perlu diberikan kesempatan untuk membuktikan keupayaannya bagi mengambil alih kerusi DUN Pekan Nanas yang kini dikuasai oleh DAP,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival D’ Kukup di Tanjung Piai, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI