CHERAS – Polis menahan tujuh wanita warga asing dipercayai pelacur dan dua penjaga lelaki serta empat pelanggan dalam satu serbuan sebuah premis di Taman Miharja di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan pada pukul 8 malam itu dibuat susulan serbuan oleh Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).
“Hasil pemeriksaan mendapati empat pelanggan lelaki tempatan, dua penjaga lelaki berbangsa cina dan tujuh wanita warga asing berada di dalam premis berkenaan.
“Polis turut merampas beberapa barang iaitu sebuah telefon bimbit, 19 keping keping kondom, empat helai tuala dan sekeping jadual kerja serta wang tunai berjumlah RM90,” katanya.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Sekyen 372B dan 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen. – KOSMO! ONLINE