fbpx

Pertimbang cuti tanpa rekod, jaga anak positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu bapa pada hari ini terpaksa mengambil cuti tahunan sehingga 10 hari untuk menjaga anak-anak dijangkiti Covid-19. -FOTO : DIYANATUL ATIQAH

MELAKA – Kementerian Kesihatan (KKM) diminta mempertimbangkan cadangan memasukkan wabak Covid-19 ke dalam senarai penyakit berjangkit bagi melayakkan golongan ibu bapa mengambil cuti tanpa rekod selama lima hari.

Cadangan itu disuarakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh dengan mengambil kira kesulitan dihadapi ibu bapa yang terpaksa mengambil cuti tahunan sehingga 10 hari sekiranya anak-anak dijangkiti wabak itu.

Jelasnya,  penambahbaikan itu juga adalah respons diterima daripada golongan ibu bapa yang bekerja dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam selepas prosedur operasi standard (SOP) baharu kontak rapat dikuatkuasakan pada 15 Februari lalu.

“Saya mohon agar KKM mempertimbangkan SOP kontak rapat yang baharu dikeluarkan untuk sektor perkhidmatan kesihatan awam agar memasukkan Covid-19 positif di dalam senarai penyakit berjangkit.

“Ini sekali gus melayakkan golongan ibu bapa mengambil cuti tanpa rekod selama lima hari sekiranya anak-anak dijangkiti dan perlu dijaga sepanjang tempoh kuarantin iaitu antara tujuh hingga 10 hari,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI