fbpx

Pemuda dikhuatiri lemas di Sungai Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (dua dari kanan) memberi taklimat operasi mencari dan menyelamat Ahmad Solihin di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali di sini semalam.

Kehilangan Ahmad Solihin Ishak, 22, disedari ahli keluarganya setelah masih tidak pulang ke rumah pada pukul 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, terdahulu, lelaki itu dikatakan mandi seorang diri di lokasi kejadian yang terletak berhampiran rumahnya pada pukul 4 petang.

“Pemuda tersebut sempat memberitahu ahli keluarga sebelum turun untuk mandi. Mereka kemudiannya cuba mencari di kawasan sungai setelah mangsa masih belum pulang pada pukul 8 malam tetapi gagal.

“Ahli keluarga mangsa kemudiannya memaklumkan kehilangan tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Rajawali di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI