fbpx

OKT meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Azri Ahmad.

PETALING JAYA – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) hari ini mengesahkan kematian orang kena tahan (OKT) yang menerima rawatan di hospital kerana positif Covid-19.

Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, siasatan mendapati OKT itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi, Johor, pada Rabu lalu, bagi menerima rawatan kerana demam dan muntah.

“Hasil ujian saringan dilakukan mengesahkan OKT berusia 43 tahun itu positif sebelum ditahan di wad Covid-19 untuk rawatan lanjut.

“OKT berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 pagi dan punca sebenar kematiannya masih belum diketahui,” katanya.

Azri berkata, OKT itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Johor, mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 21 Januari lalu.

“Lelaki itu direman empat hari dan didakwa di mahkamah pada 25 Januari lalu. Jamin ditawarkan, namun OKT gagal menyediakan penjamin menyebabkannya diperintahkan ditahan reman di penjara.

“Tarikh sebutan kes itu ditetapkan pada 1 Februari dan bicara pula pada 28 Februari ini. Bagaimanapun, OKT ditumpangkan sementara dalam lokap polis susulan penularan Covid-19 di penjara.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan melakukan siasatan berhubung kes kematian berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI